Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Tan Sri Abang Johari Tun Openg tidak menafikan terdapat pelawaan bekerjasama daripada pakatan politik di semenanjung bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Bagaimanapun katanya ia perkara biasa apabila GPS mempunyai rekod cemerlang serta berupaya menjadi penentu pembentukan kerajaan.